25 January 2010

MAJLIS CERAMAH AGAMA SEMPENA MAAL HIJRAH 1431H


Majlis Ceramah dan Qiamulalail telah berlangsung dengan jayanya pada 21hb Januari,2010 bersamaan 5hb Safar 1431H. Majlis ini julung kali diadakan oleh Kelab Plus C1 adalah bersempena Maal Hijrah 1431 dimana diadakan di Masjid Al Mukmin Kg.Batu 3 Jalan Pahang Tapah. Majlis Ceramah dimulai selepas solat maghrib yang telah disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Haslin Baharin bekas Imam Besar Masjid Kuala Selangor. Hampir 500 orang jemaah telah membanjiri dewan masjid termasuk ahli-ahli kelab Plus C1. Turut hadir ialah Pengurus Seksyen En.Mohd Suffian Hj.Awang. Ceramah agama ini berlangsung sehingga pukul 10.00 malam. Selepas Ceramah hadirin telah diberi dengan bubur asyura air mineral. Program ceramah agama ini adalah program kemasyarakatan bagi kelab Plus C1. Semoga program ini dapat diteruskan lagi dimasa akan datang




































































No comments:

Post a Comment