25 May 2009

Kempen Derma Darah

Kelab Plus C1 telah berjaya menganjurkan kempen derma darahnya pada 23hb Mei 2009 yang lalu dimana sebanyak 29 paket darah berjaya dikumpulkan pada hari tersebut. selain daripada ahli-ahli kelab terdapat juga individu-individu yang mewakili syarikat yang bernaung dengan Plus Berhad turut serta menderma darah. Program derma darah ini merupakan acara tahunan Kelab Plus C1 dimana sebelum ini sudah 2 kali dianjurkan oleh Kelab Plus C1.


Selain derma darah, pada hari tersebut diadakan juga senamrobik dan pemeriksaan kesihatan. Turut memeriahkan program ialah En.Mohd Suffian Hj.Awang Pengurus baru Seksyen C1 bersama dengan keluarga. En.Suffian dan isteri turut menderma pada hari tersebut. Kelab Plus ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat terutama unit tabung darah dan petugas-petugas dari Hospital Tapah.




No comments:

Post a Comment