06 May 2009

HIMPUNAN HARI PEKERJA PLUS C1




Sempena Hari Pekerja yang bertemakan "Keranamu Malaysia Maju" , kelab Plus C1 telah menganjurkan Himpunan Hari Pekerja Peringkat Seksyen C1 pada 05hb.Mei,2009 di Perkarangan depot pejabat seksyen C1. Seramai 120 orang telah menyertai himpunan ini dimana wakil-wakil dari semua unit seperti jurutol, penyelia, Polis bantuan Plusronda, Anggota unit EMPV dan juga pengendali-pengendali gerai kawasan Rehat & Rawat. Turut Serta dalam Himpunan itu ialah kakitangan Propel C1 dan juga Sub kontraktor penyelenggaraan lebuhraya. En.Zakaria Shafie selaku Pengurus Wilayah Tengah (RM) telah menyampaikan amanat syarikat pada hari tersebut.

Sebelum majlis bermula RM telah disambut dengan pemekrisaan perbarisan Polis Bantuan Plusronda C1. Majlis turut diserikan dengan membaca Ikrar dan memotong kek. Anugerah pekerja cemerlang turut diberi kepada Jurutol, Penyelia, Pembantu Khidmat Pelanggan dan juga Plusronda sebagai menghargai khidmat mereka yang cemerlang. Majlis diakhiri dengan jamuan ringan.- Sumber dari SU

No comments:

Post a Comment