25 January 2010

QIAMULLAIL BERSAMA ALFADHIL USTAZ YEOB SAIDIN


Lanjutan dari ceramah agama sempena maal hijrah, majlis diteruskan lagi dengan qiamullail yang dipimpin oleh Al fadhil Ustaz Yeob Saidin Mohd Yamin Penceramah Perak FM. Majlis ini diadakan di masjid Al Mukmin Kg.Batu 3 Jalan Pahang.




Lebih kurang 50 orang yang menghadirkan diri dalam program ini termasuk ahli-ahli kelab Plus C1. Majlis diadakan seawal pukul 3.00 pagi dengan sesi taklimat bersama al fadhil Uustaz Yeob Saidin.
Seterusnya para jemaah menunaikan solat sunat tahajud dan solat sunat taubat bersendirian diikuti solat sunat tasbih berjemaah. Selepas itu solat sunat hajat dan diakhiri solat sunat witir berjemaah. Selepas solat subuh, jemaah diperdengarkan pula kuliah subuh yang disampaikan oleh Al fadhil Ustaz Yeob Saidin. Majlis berakhir dengan ssarapan pagi. Semoga semuanya beroleh kejayaan, InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment